Rabu, 28 Disember 2016

Temuduga Posmen&Kurier

Assalamualaikum...
haa ni nak cerita pasal aku pergi temuduga baru² ni di pejabat pos besar shah alam. okay,aku temuduga petang dalam 2.15 pm sampai naik motor musim pula hujan nasib tak hujan masa pergi tu dari ampang ni jauh ride tapi malang masa balik tu hujan basah kuyup dibuatnya. dah sampai aku terus naik tingkat dua pergi kat meja abang hr tu cakap nak temuduga nanti dia check dulu dokumen korang baru dia bagi satu borang dan kena lengkapkan . aku pula lupa bawak pen adehh,sebab nak cepat punya pasal .time tu dah ramai tunggu untuk temuduga dia panggil sorang². borang tadi jangan lupa isi aku pinjam je pen orang buat muka tak malu . haha
okay lepastu dia panggil sorang² ada yang on the spot terus dapat kerja lepas temuduga . lama juga tunggu dah dekat 4.30 baru la turn aku pula dia panggil . masuk pintu tu ketuk ye . bagi salam . haa ni bagitau nanti datang siapa² nak temuduga tu baju masuk dalam tau awal² sebelum naik . aku awal² da kena tegur baju masuk dalam . lepastu kali kedua pula aku kena tegur dia suruh lengkapkan borang tu ditempat menunggu yang dia sediakan.aku pergi tulis kat meja abg hr tu . haha
lepas bagi salam tu senyum la sikit . pergi dekat meja dorang bagi dokumen yang dia mintak bawa kat atas dalam gambar tu . keluar kan lesen original ic original sekali sijil² original tu semua bagi kat dia . jangan duduk lagi sampai dia suruh duduk okay . sebab ada sorang mamat ni cerita dia baru lepas temuduga . orang tu tanya soalan dia tak dapat jawab . lepastu masuk dalam tempat temuduga tu orang tu cakap dia datang macam tak nak temuduga masuk² dalam main pen . haha itu yang saya dengar la . orang tu suruh dia datang semula minggu depan temuduga lagi sekali tau . dahla mamat tu tunggu dari pagi tak silap . tak dapat apa². lepastu aku diberi duduk . aku duduk and then dia mintak cerita latar belakang aku . aku cerita la bla bla bla skali dengan pengalaman kerja . lepastu aku diam dah takde modal nak cakap . lepastu dia tuju soalan "apakah tugas posmen?" aku jawab je posmen ni hantar surat atau barang di alamat yang ditetapkan . jangan diam jawab je . dua orang lelaki yang interview aku tu . lepastu sorang lagi tanya "nak kerja kat mana" aku cakap tak kisah. "kalau balakong boleh?"aku pon boleh je . haha
lepastu dia suruh datang lapor diri tarikh yang dia bagi . temuduga terus dapat . lepastu dia mintak ikut sorang akak ni . aku follow dia bawak aku tingkat bawah jumpa dengan sorang akak ni dia bagi aku satu lagi borang . borang ni aku kena lengkapka sikit dan termasuk sekali borang untuk doktor isi . kena buat medical check up .lepastu takde apa dah . aku terus blah je . nanti aku dah kerja posmen ni aku cerita pula pengalaman jadi posmen. terima kasihhh